Kek susu kukus ini sangat mudah dibuat dan hasilnya memang lembut, gebu dan sedap. Tak perlu oven, hanya kukus selama 40 minit. Jom cuba!
Bahan-Bahan:
- 4 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 1/4 cawan susu cair
(atau campur kedua-dua jadi 1 cawan) - 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- Pewarna makanan pilihan
- Minyak untuk sapu acuan
Cara Penyediaan:
- Masukkan telur, gula, susu pekat, susu cair, ovalette dan esen vanilla ke dalam blender atau mixer.
- Pukul hingga adunan kembang dan sebati.
- Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Kacau hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bekas kecil dan warnakan ikut cita rasa.
- Sapu acuan dengan minyak supaya kek senang dikeluarkan.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Buat corak marble atau lapisan jika suka.
- Kukus selama 40 minit. Balut tudung pengukus dengan kain untuk elak wap jatuh ke atas kek.
- Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidang!
Tips:
- Pastikan adunan betul-betul kembang sebelum masukkan tepung untuk kek yang gebu.
- Gunakan loyang besar jika mahu satu kek besar. Tambah masa kukusan jadi 45–50 minit.
- Elak buka tudung periuk semasa proses mengukus untuk elak kek mendap.
Selamat mencuba! 😊
Sumber: Pokwan Lemang
Leave a Reply