Resepi Kek Susu Kukus Mudah & Gebu

Resepi kek susu kukus lembut dan gebu, mudah dibuat tanpa oven menggunakan bahan asas

Kek susu kukus ini sangat mudah dibuat dan hasilnya memang lembut, gebu dan sedap. Tak perlu oven, hanya kukus selama 40 minit. Jom cuba!

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan susu cair
    (atau campur kedua-dua jadi 1 cawan)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • Pewarna makanan pilihan
  • Minyak untuk sapu acuan

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan telur, gula, susu pekat, susu cair, ovalette dan esen vanilla ke dalam blender atau mixer.
  2. Pukul hingga adunan kembang dan sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Kacau hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bekas kecil dan warnakan ikut cita rasa.
  5. Sapu acuan dengan minyak supaya kek senang dikeluarkan.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan. Buat corak marble atau lapisan jika suka.
  7. Kukus selama 40 minit. Balut tudung pengukus dengan kain untuk elak wap jatuh ke atas kek.
  8. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidang!

Tips:

  • Pastikan adunan betul-betul kembang sebelum masukkan tepung untuk kek yang gebu.
  • Gunakan loyang besar jika mahu satu kek besar. Tambah masa kukusan jadi 45–50 minit.
  • Elak buka tudung periuk semasa proses mengukus untuk elak kek mendap.

Selamat mencuba! 😊

Sumber: Pokwan Lemang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*