Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup Sampai Malam – Mudah & Sedap!

Cucur jejari ketam rangup dihidang bersama sos cili

Siapa yang suka kudapan rangup dan mudah, resepi cucur jejari ketam ni wajib cuba! Bukan setakat rangup lepas goreng, tapi kekal garing sampai malam – sesuai sangat untuk hidangan tetamu, minum petang atau bawa ke potluck.

Istimewanya cucur jejari ketam sebab ada mayonis & bawang goreng yang buat rasa dia lebih kaya dan aroma lebih wangi!

🦀 Bahan-bahan:

  • 1 pek kecil jejari ketam – dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus
  • Daun kucai – dihiris kecil
  • 1 mangkuk kecil kobis – dipotong halus
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 3 senduk tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam & serbuk cukup rasa
  • ½ cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur makan

👩‍🍳 Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat.
  3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  4. Ambil sesudu adunan dan goreng hingga kekuningan & garing di kedua-dua belah.
  5. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan!

💡 Tips Ekstra:

  • Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan adunan supaya cucur tidak serap minyak.
  • Untuk rasa lebih sedap, tambah sedikit serbuk lada sulah atau serbuk kari dalam adunan.
  • Boleh juga gantikan jejari ketam dengan isi ayam, udang, atau sardin.

Resepi cucur ni memang mudah & bajet, tapi hasilnya puas hati! Rangup di luar, lembut di dalam. Kalau nak buat jual pun boleh sangat! 😋

Selamat mencuba! Jangan lupa share resepi ni dengan kawan-kawan & tag akakpesan.com kalau upload hasil cucur korang ya ❤️

Kredit: CC NoorisHaris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*