Siapa yang suka kudapan rangup dan mudah, resepi cucur jejari ketam ni wajib cuba! Bukan setakat rangup lepas goreng, tapi kekal garing sampai malam – sesuai sangat untuk hidangan tetamu, minum petang atau bawa ke potluck.
Istimewanya cucur jejari ketam sebab ada mayonis & bawang goreng yang buat rasa dia lebih kaya dan aroma lebih wangi!
🦀 Bahan-bahan:
- 1 pek kecil jejari ketam – dipotong kecil
- 1 biji bawang besar – dihiris halus
- Daun kucai – dihiris kecil
- 1 mangkuk kecil kobis – dipotong halus
- 2 sudu besar mayonis
- 1 sudu besar bawang goreng
- 3 senduk tepung gandum
- 1 sudu kecil garam & serbuk cukup rasa
- ½ cawan air
- 1 sudu kecil air kapur makan
👩🍳 Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk besar dan gaul rata.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
- Ambil sesudu adunan dan goreng hingga kekuningan & garing di kedua-dua belah.
- Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan!
💡 Tips Ekstra:
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan adunan supaya cucur tidak serap minyak.
- Untuk rasa lebih sedap, tambah sedikit serbuk lada sulah atau serbuk kari dalam adunan.
- Boleh juga gantikan jejari ketam dengan isi ayam, udang, atau sardin.
Resepi cucur ni memang mudah & bajet, tapi hasilnya puas hati! Rangup di luar, lembut di dalam. Kalau nak buat jual pun boleh sangat! 😋
Selamat mencuba! Jangan lupa share resepi ni dengan kawan-kawan & tag akakpesan.com kalau upload hasil cucur korang ya ❤️
Kredit: CC NoorisHaris
Leave a Reply