Apam berkuah Terengganu merupakan kuih tradisional yang cukup istimewa. Tekstur apam yang lembut dan gebu digandingkan dengan kuah santan manis berempah menjadikan hidangan ini kaya dengan rasa dan nostalgia.
Walaupun cara penyediaannya agak panjang, hasilnya memang berbaloi dan sangat sesuai untuk hidangan petang atau majlis keluarga.
Bahan A
- ½ cawan gula melaka atau gula merah
- ½ cawan air
- ¼ sudu teh garam
Masak semua bahan hingga gula larut, tapis dan sejukkan.
Untuk Bahan B
- ½ cawan air suam
- 1 sudu kecil gula pasir
- 1½ sudu kecil yis
Satukan semua bahan dan rehatkan selama 5 minit sehingga yis berbuih.
Bahan C
- 2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar gula pasir
Cara Membuat Apam Berkuah
- Dalam bekas besar, satukan bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, seperti adunan cucur pisang.
- Tutup bekas dan rehatkan adunan selama 30 minit.
- Kaup balik adunan, tutup semula dan ulang proses ini sebanyak 3 kali setiap 30 minit.
- Panaskan pengukus. Gris loyang atau acuan kecil dengan minyak masak.
- Tuangkan adunan dan biarkan ia mengembang terlebih dahulu sebelum dikukus.
- Kukus selama 30 hingga 40 minit bergantung kepada saiz acuan.
Nota: Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam. Jika menggunakan acuan kecil, isi separuh sahaja kerana adunan akan mengembang.
Bahan-bahan Kuah Apam
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm kunyit
- 1 hiris halia
- 1 hiris lengkuas
- 1 ekor ikan kembung sederhana (direbus dan diambil isi)
- 1 sudu besar kerisik
- 1 keping gula melaka
- 2 cawan santan sederhana pekat
- 1 sudu kecil ketumbar (disangai)
- 1 sudu kecil jintan manis (disangai)
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar kelapa parut
- Garam secukup rasa
Cara Membuat Kuah
- Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hingga lumat.
- Tumbuk lada hitam dan kelapa parut hingga halus.
- Tumbuk ketumbar dan jintan manis, kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati.
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama semua bahan tumbuk.
- Tambahkan kerisik, gula melaka dan garam. Masak hingga kuah naik minyak.
- Kacau selalu supaya kuah tidak berkeladak. Kepekatan kuah sederhana, tidak terlalu pekat atau cair.
Apam berkuah Terengganu ini paling sedap dihidangkan panas bersama kuah santan yang manis dan beraroma. Sekali cuba, pasti terasa keaslian kuih tradisional pantai timur.
Sumber: Kak Wan
Leave a Reply