Kulit karipap yang rangup, lembut dan mudah dibentuk merupakan kunci utama kepada karipap yang sedap. Menariknya, resepi ini tidak memerlukan campuran tepung lain. Cukup dengan tepung gandum sahaja, hasilnya tetap rangup dan tidak liat.
Resepi ini sangat sesuai untuk yang ingin buat karipap frozen, jualan, atau untuk kegunaan sendiri di rumah.
Bahan-bahan Kulit Karipap
- 1 kg tepung gandum
- 2 sudu kecil garam
- ½ cawan minyak masak
- 3 sudu besar marjerin
- 400 ml air
Cara Membuat Kulit Karipap Rangup
- Sediakan bekas tahan panas. Mangkuk besi mixer sangat sesuai digunakan.
- Satukan tepung gandum dan garam, kemudian gaul rata.
- Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin sehingga cair sepenuhnya, kemudian tutup api.
- Tuangkan campuran minyak dan marjerin panas ke dalam tepung. Gaul menggunakan senduk sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti. Elakkan menggunakan tangan kerana adunan masih panas.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Teksturnya seakan doh permainan (playdough).
- Rehatkan doh selama kira-kira 30 minit supaya lebih mudah dicanai.
- Selepas itu, bulatkan doh mengikut saiz yang diinginkan dan sedia untuk diisi dengan inti pilihan.
Tip Kulit Karipap Lebih Rangup
Pastikan doh tidak terlalu lembik kerana ia boleh menyebabkan kulit karipap menyerap minyak semasa digoreng. Doh yang elok akan menghasilkan kulit yang rangup, berlapis cantik dan tidak mudah pecah.
Dengan resepi ini, kulit karipap menjadi lebih senang dibentuk dan kekal rangup walaupun selepas digoreng.
Sumber: Nurul Sakina Azizi
Leave a Reply