Resepi Sotong Sambal Paling Sedap, Kuah Pekat Berkilat & Mudah Dibuat

sotong ditumis bersama cili kering dan santan

Sotong sambal merupakan hidangan laut kegemaran ramai. Rasa pedas, manis dan lemak santan menjadikan sambal ini cukup menyelerakan. Dengan sedikit petua mudah, anda boleh menyediakan sotong sambal yang pekat, berkilat dan rasa padu.

Bahan-bahan

  • 1 kg sotong – dipotong ikut suka
  • 1 biji bawang besar
  • ½ inci halia – dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 senduk cili kering kisar
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 kotak kecil santan
  • ½ sudu besar pes asam jawa
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam

Cara Memasak Sotong Sambal

  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  2. Bila minyak panas, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi dan bawang layu.
  3. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga cili masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan sotong, gaul rata dengan sambal. Sotong masak cepat, cukup 3–4 minit sehingga mula mengecut dan berubah warna.
  5. Masukkan kicap manis dan gula pasir, kacau sebati.
  6. Tuang santan, biarkan kuah mendidih seketika. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah.
  7. Masukkan pes asam jawa dan garam secukup rasa. Masak hingga sambal pekat dan pecah minyak.
  8. Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih.

Tip Sotong Sambal Sedap

Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan menjadi liat. Masak hingga sotong hanya mengecut dan kuah pekat berkilat. Sambal yang sedap akan melekat pada sotong dan nasi.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*