Resepi Pisang Goreng Simple, Rangup dan Sedap

Pisang goreng rangup keemasan, siap dihidangkan untuk minum petang.

Pisang goreng merupakan snek kegemaran ramai dan membangkitkan nostalgia. Dengan resepi simple ini, anda boleh hasilkan pisang goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sesuai untuk minum petang atau kudapan keluarga.

Bahan-Bahan Tepung Campur:

  • 300g tepung goreng pisang (contoh: jenama Adabi)
  • 500g tepung beras (sepaket)

Nisbah Bancuhan Tepung:

  • 2 senduk tepung campur + 1 senduk tepung gandum
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit

Cara-Cara Membuat:

  1. Masukkan tepung goreng pisang dan tepung beras dalam balang kuih sederhana tinggi. Goncang hingga sebati.
  2. Buat bancuhan tepung mengikut nisbah di atas. Jangan terlalu cair atau pekat, cukup untuk melapisi pisang.
  3. Panaskan minyak masak.
  4. Cedok bancuhan tepung dan godak-godak sebentar supaya rata.
  5. Celup pisang dalam tepung dan terus goreng. Gunakan api sederhana supaya pisang tidak cepat hangus.
  6. Pastikan minyak cukup dan bahagian pisang terendam. Setelah garing, angkat dan toskan.

Tips Tambahan:

  • Gunakan pisang yang masak sederhana, elakkan yang terlalu lembik supaya tidak hancur semasa digoreng.
  • Untuk rasa lebih wangi, boleh taburkan sedikit serbuk kayu manis pada bancuhan tepung.
  • Gunakan periuk yang dalam supaya minyak secukupnya menutupi pisang semasa menggoreng.

Selamat mencuba resepi pisang goreng simple ini! Rangup di luar, manis dan lembut di dalam, pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Sumber: Nor Haidah Md Said

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*