Semudah ABC, moh ler try! Garlic Chili Oil ni memang versatile — boleh jadi pencicah, perasa tambahan, atau sekadar pembuka selera. Bau dia saja dah cukup menggoda, apatah lagi rasa pedas berlemak dari minyak panas dan aroma daun limau purut yang menyegarkan.
Tak perlu tunggu beli versi dalam botol import mahal-mahal, buat sendiri di rumah pun boleh dapat rasa yang lebih segar dan ikut citarasa kita sendiri. Saya dah siap pakej resipi untuk anda cuba 😉🫰
Bahan-bahan Resipi Garlic Chili Oil
- Chili flakes (ikut tahap kepedasan yang disukai)
- Setengah cawan minyak masak
- Daun limau purut (dicarik atau dikerat dua)
- Bawang putih (dicincang halus)
- Garam (2 cubit atau secukup rasa)
Cara-cara Penyediaan
- Panaskan setengah cawan minyak masak dalam kuali kecil. Gunakan api kecil supaya bawang putih dan chili flakes tidak cepat hangus.
- Masukkan bawang putih cincang. Gaul rata dan masak perlahan sehingga bawang berubah warna keemasan dan naik bau wangi.
- Setelah bawang keemasan, masukkan chili flakes, daun limau purut dan dua cubit garam.
- Sebaik sahaja bahan-bahan dimasukkan, padamkan api dan terus gaul supaya chili flakes tak hangus dan pahit.
- Pastikan minyak cukup banyak untuk menenggelamkan chili flakes agar tahan lama dan rasa lebih seimbang.
Tips Tambahan
- Minyak boleh digunakan serta-merta atau disimpan dalam balang kaca bertutup.
- Simpan dalam suhu bilik jika nak guna dalam masa 2–3 hari, atau simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
- Boleh juga tambah sedikit cuka atau kicap manis jika suka versi lebih fusion atau untuk mi ala Sichuan.
Penutup
Garlic Chili Oil homemade ini sangat mudah disediakan tapi rasa dia memang luar biasa! Dengan bau harum bawang putih, pedas dari chili flakes, dan aroma daun limau purut — memang boleh buat makan bertambah. Cuba hari ni, anda mesti ketagih!
Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari
Leave a Reply