Resepi Popia Crab Rangoon – Sedap, Mudah & Boleh Simpan Dalam Freezer!

Popia crab rangoon yang rangup keemasan disusun kemas di atas pinggan putih.

Kalau dah bosan dengan crab rangoon biasa, jom kita cuba buat versi popia pula! Resepi ni hasil “popiakan” crab rangoon, tapi rasanya tetap power. Sekali buat, boleh dapat sampai 50 keping popia. Senang nak simpan dalam freezer, bila lapar atau tetamu datang tiba-tiba, boleh terus goreng atau guna air fryer kalau nak lebih sihat.

Bahan-bahan:

  • 50 keping kulit popia medium

Inti:

  • 2 paket crab filament – racik halus
  • 1 bekas kecil tartura cream cheese – suhu bilik
  • 1 cawan mayones
  • 2-3 pokok daun bawang – hiris halus
  • 1 batang carrot – sagat halus
  • 1 sudu besar mixed herb
  • 1 sudu besar dried parsley
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil cukup rasa (ajinomoto)
  • Garam secukup rasa
  • Optional: serbuk lada hitam dan minyak bijan (ikut citarasa)

Kaedah membuat inti dan popia:

  1. Campurkan semua bahan inti dalam satu mangkuk besar.
  2. Gaul hingga sebati dan melekat supaya mudah nak bungkus. Untuk lebih mudah, boleh guna sarung tangan.
  3. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam supaya inti lebih keras dan mudah dibentuk.
  4. Ambil kulit popia, letakkan anggaran ¾ sudu inti pada setiap keping.
  5. Gulung kemas dan kemaskan hujung popia supaya inti tidak keluar semasa goreng.
  6. Ulang sehingga habis inti dan kulit popia.

Cara simpan:

Susun popia dalam bekas kedap udara bersaiz 1000ml, anggaran 12-13 keping satu bekas. Boleh dapat sekitar 4 bekas. Simpan dalam freezer untuk kegunaan masa akan datang.

Cara hidang:

Goreng popia dalam minyak panas sehingga keemasan dan rangup. Jika nak lebih sihat, boleh guna air fryer. Hidangkan panas dengan sos cili atau sos kegemaran anda.

Selamat mencuba! Pasti menjadi kegemaran keluarga dan tetamu yang datang.

Sumber: Sarah Rahmat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*