Cheesekut 3 Bahan – Pencuci Mulut Sejuk Paling Mudah & Sedap!

Cheesekut lapisan krim cheese dan biskut saltcheese dalam bekas kaca, siap untuk dinikmati.

Jika anda penggemar pencuci mulut sejuk berasaskan keju tapi tak nak bersusah payah di dapur, inilah resipi wajib dicuba iaitu cheesekut 3 bahan paling mudah dibuat.

Cheesekut ialah pencuci mulut yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dibuat daripada gabungan keju yang lembut dan biskut yang rangup. Resipi langkah demi langkah untuk buat cheesekut 3 bahan ini telah menarik perhatian ramai. Jom kita cuba!

Bahan-bahan:

  • Cream cheese (jenama Tatura atau Bega)
  • ½ tin susu pekat
  • 2 bungkus biskut saltcheese (boleh ganti biskut lain tapi rasa mungkin berbeza)

Cara-cara membuat:

  1. Biarkan cream cheese pada suhu bilik selama lebih kurang 10 minit agar mudah dipukul.
  2. Masukkan cream cheese dalam mangkuk.
  3. Tuang ½ tin susu pekat sedikit demi sedikit sambil mixer pada kelajuan sederhana. Teruskan sampai campuran licin, gebu dan tiada ketulan (lebih kurang 2 hingga 3 minit).
  4. Letak biskut Saltcheese menutupi dasar bekas. Jika biskut tak muat, patahkan agar ikut bentuk bekas.
  5. Ratakan 3 hingga 4 sudu besar adunan keju di atas lapisan biskut (jangan terlalu tebal supaya lapisan kemas).
  6. Ulang langkah 4 dan 5 sampai biskut habis (biasanya 3 hingga 4 lapisan). Pastikan lapisan akhir ialah krim cheese supaya permukaan nampak licin.
  7. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan dalam peti sejuk minimum 4 jam (semalaman lagi sedap). Biskut akan menyerap kelembapan krim dan menjadi selembut kek lapis sejuk.

Tips tambahan:

  • Biskut Saltcheese tak perlu celup susu kerana kepingannya nipis dan cepat lembut.
  • Jika guna biskut Marie atau cream cracker, boleh celup pantas dalam susu (susu segar atau Dutch Lady) sebelum susun.

Selamat mencuba!

Sumber: Sharifah Yasira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*