Kalau sebut lauk berkuah yang penuh aroma, pedas manis dan kaya rasa, Ayam Masak Bali memang antara yang wajib dicuba. Walaupun namanya nampak eksotik, cara nak masak sebenarnya sangat mudah dan bahan pun tak rumit.
Guna ayam seekor dan beberapa bahan asas dapur, lauk ni sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam. Bau wangi daun kari dan serai, ditambah dengan sambal yang garing dan kicap pekat memang buatkan kita teringat-ingat.
Bahan-bahan Utama:
- 1 ekor ayam – potong sederhana, bersih & toskan
- Serbuk kunyit (untuk perap ayam)
- Garam (secukupnya)
- 6–8 batang serai – dititik
- 8 helai daun kari
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 sudu kecil garam
- Kicap pekat (anggaran ikut citarasa)
- 1 biji bawang besar – dihiris bulat
Bahan Kisar (Kisar Halus):
- Segenggam cili kering – rebus dahulu
- 5–6 biji bawang besar
- Seinci halia
- 6 ulas bawang putih
Cara Memasak Ayam Masak Bali:
- Perap dan Goreng Ayam: Lumur ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng selama 10–15 minit dengan api sederhana. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis Serai dan Daun Kari: Guna minyak goreng ayam tadi, tumis serai yang dititik dan daun kari. Goreng sekejap hingga naik bau. Jangan hangus ya!
- Masukkan Bahan Kisar: Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak sampai sambal jadi betul-betul garing dan naik minyak.
- Perasakan Sambal: Masukkan kicap pekat secukupnya. Tambah garam dan gula ikut rasa. Sambal ni memang pedas manis sikit, itu yang buat sedap!
- Masukkan Ayam Goreng: Gaul rata ayam dengan sambal hingga sebati. Pastikan semua bahagian ayam bersalut dengan sambal.
- Tambahkan Bawang: Masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Gaul dan biar masak selama 8–10 minit. Siap untuk dihidang!
Tips Ekstra:
- Lagi lama sambal dimasak, lagi padu rasa dia. Tapi jangan lupa kacau selalu ya!
- Kalau suka kuah lebih, boleh tambah sedikit air semasa masukkan ayam.
- Guna ayam kampung? Rebus dulu supaya empuk.
Kalau dah bosan dengan lauk harian yang sama je, cubalah resipi ni. Confirm makan bertambah! Selamat mencuba.
Sumber: Iva Marissa
Leave a Reply