Bahan-bahan untuk Puding Kastard Jagung
- 1 tin jagung creamy (pilih jagung cream yang berkualiti)
- 300 gram tepung kastard (saya gunakan Custard Bird’s)
- 1 kotak kecil santan (contoh: brand Kara)
- 1800 ml air (kira-kira 9 cawan)
- 200 gram gula (1 cawan)
- 250 gram susu pekat manis (1 cawan)
- 3 gram garam (1 sudu teh)
- Pewarna kuning lemon (jika perlu, untuk warna lebih cantik)
Cara Penyediaan
- Sediakan loyang bulat saiz 12 inci atau dua loyang saiz 9 inci. Basahkan loyang dan lapik dengan plastik supaya puding mudah dikeluarkan.
- Satukan semua bahan dalam periuk besar. Kacau hingga bahan larut dengan sempurna.
- Masak adunan atas api sederhana perlahan sambil dikacau menggunakan whisk. Jangan tinggal kacau supaya tidak berketul dan adunan tidak hangus.
- Apabila adunan sudah berkilat dan mula meletup-letup, tutup api.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
- Setelah puding mengeras, potong ikut citarasa anda. Puding juga lebih sedap jika dimakan sejuk dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
Tips Penting untuk Puding
Untuk puding tahan lama, terutama jika untuk jualan, pastikan anda menggunakan santan kotak yang berkualiti supaya puding lambat basi. Selain itu, sentiasa kacau adunan ketika memasak untuk elak daripada berketul dan melekat di periuk.
Kenapa Puding Ini Wajib Anda Cuba?
Resipi ini mudah, menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, dan hasilnya sangat memuaskan. Puding kastard jagung yang lembut dan manis ini pasti menjadi kegemaran keluarga dan pelanggan anda. Ia juga sesuai dijadikan produk jualan kerana teksturnya yang stabil dan tahan lama.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Sumber: Mariana Zainal
Leave a Reply