Kek Batik Indulgence ini diinspirasikan oleh Mr Ali Muhammad Ali dan diolah sedikit mengikut bahan yang ada di rumah. Rasa kek yang sangat sedap dan tekstur mousse yang lembut menjadikan ia pilihan terbaik untuk pencuci mulut istimewa.
Bahan-Bahan
Kek Batik
- 300 gram biskut Marie
- 130 gram pure butter (Anchor), cairkan
- ¼ cawan susu pekat
- ½ cawan Milo
- ½ cawan serbuk koko
- 1 sudu makan peanut butter smooth (optional)
- ¾ cawan full cream milk
Mousse
- 250 gram cream cheese (suhu bilik)
- 2 sudu besar gula icing
- 160 gram dairy whipping cream (Anchor)
- 1 sudu makan gula icing
- 2 titik essential oil (grapefruit/lemon)
Ganache
- 150 gram dark cooking chocolate
- 100 gram whipping cream
- 1 sudu besar butter
Cara-Cara Penyediaan
1. Lapisan Kek Batik
- Cairkan butter di atas api perlahan hingga sepenuhnya cair.
- Matikan api dan masukkan susu pekat, Milo, serbuk koko, susu penuh krim, dan peanut butter. Hidupkan api perlahan dan kacau hingga sebati dan pekat, pastikan tiada ketul besar.
- Matikan api dan biar sejuk selama 2 minit.
- Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan kecil, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang dialas baking paper, tekan rata dan mampatkan.
- Sejukkan dalam peti ais bahagian chiller selama sejam.
2. Lapisan Mousse
- Putar cream cheese dengan gula icing selama 2-3 minit sehingga sebati.
- Dalam mangkuk lain, putar whipping cream bersama gula icing hingga kental (bila diangkat cream tidak jatuh).
- Gaulkan whipping cream ke dalam cream cheese dan kacau sebati sahaja.
- Tuangkan mousse ke atas lapisan kek batik yang telah disejukkan dan ratakan.
- Sejukkan dalam peti ais selama sejam.
3. Lapisan Ganache
- Panaskan whipping cream bersama coklat di atas api sederhana hingga coklat separa cair.
- Matikan api, kacau sebati dan masukkan butter, kacau lagi.
- Biar selama 10 minit, kemudian tuang ganache ke atas lapisan mousse.
- Sejukkan dan setkan semalaman di dalam peti sejuk.
- Potong menggunakan pisau yang dicelup air panas dan lap setiap kali memotong untuk hasil potongan kemas.
Tips:
- Alaskan loyang dengan baking paper supaya mudah mengeluarkan kek.
- Celup pisau dalam air panas setiap kali mahu memotong supaya potongan lebih kemas dan tidak melekat.
Selamat mencuba! Kek Batik Indulgence ini memang sangat sedap dan pasti membuatkan anda ketagih!
Sumber: Rumey Made
Leave a Reply