Resepi Pizza Homemade Mudah Guna Roti Gardenia Je

Pizza homemade guna roti Gardenia lengkap dengan keju cair dan topping pelbagai
Nak buat pizza sedap tapi malas nak uli doh? Jangan risau! Guna sahaja roti Gardenia yang mudah dan cepat. Resepi pizza homemade ni simple sangat tapi rasa tetap power. Sesuai untuk sarapan, makan petang atau bila-bila rasa nak makan pizza tanpa susah payah.

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti Gardenia
  • 3 keping cheddar cheese (boleh tambah ikut suka)
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • Bawang holland (hiris nipis)
  • Tomato (hiris)
  • Topping pilihan seperti daging kisar, crabstick, hotdog dan lain-lain
  • Mozzarella cheese untuk taburan

Cara Penyediaan Pizza Homemade :

  1. Satukan telur dan susu segar, kacau rata sebagai base telur.
  2. Susun keping roti Gardenia atas dulang pembakar.
  3. Tuang sedikit bancuhan telur dan susu atas roti supaya roti sedikit lembap.
  4. Tabur bawang holland, tomato dan topping pilihan seperti daging kisar, crabstick, hotdog dan lain-lain.
  5. Letak cheddar cheese dan tabur mozzarella cheese atas sekali.
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga keju cair dan roti nampak keemasan.

Tips Mudah & Variasi

Saya pernah buat versi simple dengan hanya sapu sos Prego (sos pasta tomato) atas roti, letak topping daging burger Ramly potong kecil, crabstick, hotdog dan cheese sahaja. Rasanya tetap sedap walaupun mudah sangat!

Selamat mencuba! Resepi ini memang cepat, mudah dan confirm jadi kegemaran semua.

Sumber: Najihah Ismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*