Mee bandung ni memang kegemaran ramai, tapi kalau nak ikut resepi penuh selalunya leceh dan banyak bahan. Jadi kali ni kita olah versi mee bandung paling senang dan ringkas, sesuai untuk mak-mak sibuk yang nak masak sedap tapi cepat! 😁
🍜 Bahan-bahan (Anggaran untuk Mee ½ kg):
Bahan Blend:
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering (kurangkan jika tak mahu terlalu pedas)
- 2 peket udang kering (yang RM1.50 sepeket tu)
Bahan Lain:
- ½ kg mee kuning (dibasuh atau dicelur dahulu)
- Segenggam kacang tanah – digoreng & ditumbuk kasar
- 2 sudu besar tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air (untuk pekatkan kuah)
- Gula, garam, ajinomoto/sedap rasa – ikut citarasa
- Daging, sotong, udang – ikut suka
- Sayur: sawi, lobak merah, tahu goreng – potong dan bersihkan
- Daun sup dan bawang goreng – untuk hiasan
- Telur – pecah sebiji-sebiji dalam kuah (jangan kacau)
👩🍳 Cara-cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga wangi dan pecah minyak. Tambahkan sedikit gula semasa menumis untuk naikkan warna dan rasa.
- Masukkan daging dan kacang tanah tumbuk. Kacau rata.
- Masukkan 1 jag air dan biarkan hingga mendidih.
- Masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah.
- Masukkan sotong, udang, dan bahan seafood lain. Biarkan mendidih lagi.
- Masukkan sayur-sayuran, daun sup dan bawang goreng.
- Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto secukupnya.
- Pecahkan telur sebiji-sebiji ke dalam kuah. Jangan kacau – biar telur masak cantik.
- Masukkan mee kuning yang telah dicelur, atau tuang kuah panas ke atas mee dalam mangkuk (ikut selera).
Siap! Mee bandung Paling Senang pekat, pedas, dan cukup rasa – confirm puas hati walau masak express!
—
📌 Tips Ekstra:
- Gantikan tepung gandum dengan tepung jagung untuk kuah lebih licin (jika ada).
- Boleh tambah sedikit tomato puri jika suka rasa lebih ‘berkuah mee bandung Muar’.
- Simpan sambal blend dalam peti, jadi lain kali boleh terus guna.
Kredit: Halimatussaadiah Sidek
Leave a Reply