Resepi Soto Ayam Letops – Lengkap dengan Sambal Kicap & Bergedil!

Semangkuk soto ayam lengkap dengan bergedil, sambal kicap dan suhun

Kalau korang suka makan soto yang penuh rasa rempah, ayam goreng carik, sambal kicap pedas berapi, dan bergedil homemade – resepi ni wajib korang cuba. Tak susah, dan hasilnya sangat puas hati. Makan dengan suhun rangup, memang tak sedar habis 2 mangkuk!

🍗 Resepi Sup Soto

  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 3 sudu besar rempah soto atau rempah sup
  • ¼ sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 jag air
  • 4 sekawan – cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai

Cara Masak Sup:

  1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan serta bahan kisar sehingga wangi dan sedikit kekuningan.
  2. Masukkan ayam, kacau hingga sebati dengan tumisan.
  3. Masukkan rempah soto/sup dan gaul rata.
  4. Tuang air dan tambah lada putih serta garam secukupnya.
  5. Rebus hingga ayam masak.
  6. Angkat ayam, goreng hingga garing kemudian carik-carikkan.

🌶️ Sambal Kicap Ketagih

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap manis secukupnya

Cara Buat Sambal:

  1. Potong cili padi supaya tak meletup, goreng seketika bersama bawang putih.
  2. Kisar bersama kicap manis hingga halus. Pastikan kicap menutupi paras cili dalam blender.

Tip: Goreng dulu bahan supaya sambal tahan lebih lama dan lebih sedap!

🥔 Resepi Bergedil Homemade

  • 5 biji kentang – kupas, potong ½ inci
  • 3 sudu besar daging atau ayam cincang
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • Sedikit daun sup – dihiris
  • ¼ sudu kecil lada putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur – untuk salut

Cara Buat Bergedil:

  1. Goreng kentang hingga empuk dan kekuningan, kemudian lenyek semasa panas.
  2. Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih dan garam, gaul sebati.
  3. Bentuk bulat leper, celup dalam telur dan goreng hingga keperangan.
  4. Tunggu bergedil keras sedikit sebelum alih untuk elak pecah.

🍜 Hidangan Lengkap Soto

Sediakan bahan sampingan seperti suhun celur, taugeh, telur rebus, bawang goreng, daun sup dan limau nipis. Tuang sup panas atas bahan, tambah ayam goreng carik, bergedil dan siram sambal kicap. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba Soto Letops ni – confirm repeat!

Kredit: Khadijah Jaafar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*