Kalau tengah craving kuey teow goreng tapi tak nak yang complicated, boleh cuba resepi mudah ni. Tumisan bawang putih, ditambah dengan sos tiram dan kicap manis memang buat rasa lebih padu. Tips paling penting – rendam kuey teow dulu untuk elak melekat!
📝 Bahan-Bahan:
- 1 paket kuey teow
- 6 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1 sudu besar cili boh
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar kicap manis (atau ikut selera)
- Udang – dibersihkan
- Fish cake – dihiris
- 2 biji telur
- 1 mangkuk taugeh
- Segenggam kucai – potong pendek
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
🔪 Cara-Cara Memasak:
- Rendam kuey teow dalam air panas sekejap sahaja untuk keluarkan minyak dan lembutkan helaian. Toskan dan ceraikan satu-satu supaya tak melekat masa menggoreng.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau rata.
- Masukkan udang dan fish cake. Gaul hingga udang separa masak.
- Masukkan kuey teow dan gaul sekata dengan sos dan bahan tumis.
- Ketepikan sedikit kuey teow, pecahkan 2 biji telur, kacau terus atas kuali, kemudian gaulkan kembali semua bahan.
- Akhir sekali, masukkan taugeh dan kucai. Gaul sekejap sahaja supaya kekal rangup.
- Perasakan dengan garam jika perlu. Siap untuk dihidang!
💡 Tip Penting:
- Rendam kuey teow sekejap je – jangan lama nanti lembik.
- Kalau nak lebih pedas, tambah cili kisar ikut selera.
- Gunakan api besar masa akhir menggoreng untuk aroma ‘wok hei’ ala kedai.
Selamat mencuba kuey teow goreng versi simple ni – confirm repeat!
Kredit: Hurun’Iin Malik
Leave a Reply