Assalamualaikum & hai semua! Kali ni nak share resepi paling simple tapi confirm jadi rebutan di mana-mana jamuan – Salad Buah Viral. Ibu bawa 2 tray masa Jamuan Raya walaupun terkandas dalam jem… risau juga tak habis, rupanya licin terus! Ramai suka, sebab creamy, segar dan tak muak 😋
🥣 Bahan Sos (Gravy) – Untuk 1 Tray:
- 6 sudu besar mayonis
- 1/2 tin susu cair
- 1 sudu besar gula
- 1 cawan kecil yogurt (plain atau perisa buah)
- 1 sudu besar cuka makan
Cara:
Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digunakan. Sos sejuk lebih sedap bila disiram atas buah!
🍓 Bahan Buah – Untuk 1 Tray:
- 1/2 pek anggur hitam – potong dua
- 1/2 pek anggur hijau – potong dua
- 2 biji epal hijau – buang biji, potong dadu
- 3 biji epal merah – buang biji, potong dadu
- 1 biji mangga masak (kuning) – potong dadu
💡 Tip & Cara Hidang:
- Potong semua buah dan susun dalam tray.
- Tuangkan sos/gravy atas buah semasa hidang, atau biarkan tetamu ambil sos sendiri ikut suka.
- Boleh sejukkan dulu dalam peti sebelum hidang untuk rasa lebih segar dan rangup!
📝 Tips Extra:
- Boleh tambah buah kiwi, strawberi, laici atau longan untuk variasi.
- Untuk versi potluck, sediakan dalam bekas kecil berasingan – senang diambil dan nampak comel!
- Boleh juga letak sedikit kacang tumbuk, kismis atau biji chia sebagai topping.
Kalau anda tengah fikir nak bawa apa ke jamuan atau potluck – ini antara pilihan paling senang & confirm ramai suka. Salad buah viral ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari budak sampai orang tua 😊
Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi ni dekat kawan-kawan ya! Untuk lebih banyak idea jamuan & menu santai, follow akakpesan.com 🥰
Kredit: Junaidah Abdullah
Leave a Reply