Resepi Kimchi Jjigae Versi Tekak Melayu – Guna Rencah Ecoshop Sahaja!

Semangkuk Kimchi Jjigae versi Melayu dengan ayam, tauhu lembut, telur, cendawan enoki dan daun bawang

Pernah craving nak makan Kimchi Jjigae tapi tak pasti nak mula dari mana? Kali ni saya cuba versi yang sangat mudah dan mesra tekak Melayu – hanya guna sepeket rencah Kimchi Jjigae dari Ecoshop (yang RM2.40 tu 😁) dan hasilnya memang ngam sangat!

Rasa dia masam-masam kimchi tapi tak pedas melampau. Sangat sesuai untuk anda yang baru nak cuba makanan Korea tapi nak gaya lebih simple & cepat!

🍲 Bahan-bahan:

  • Minyak masak atau minyak bijan (untuk menumis)
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • Isi ayam – dihiris nipis
  • 1 paket rencah Kimchi Jjigae (beli di Ecoshop)
  • Air secukupnya (lebih kurang 2-3 cawan)
  • 2 sudu besar kimchi (optional, tapi sedap kalau ada)
  • 1 pek cendawan enoki
  • Tauhu lembut (potong besar sedikit)
  • 1 biji telur
  • Daun bawang – dihiris

👩‍🍳 Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak masak atau minyak bijan dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan ayam dan kacau sampai masak.
  4. Tuang sepeket rencah Kimchi Jjigae dan tambahkan air.
  5. Masukkan 2 sudu besar kimchi (jika tiada boleh gantikan dengan kobis cina).
  6. Biarkan kuah mendidih, kemudian masukkan cendawan enoki & tauhu lembut.
  7. Pecahkan sebiji telur ke dalam sup dan biarkan ia masak perlahan.
  8. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.

🍚 Tip Hidangan:

  • Boleh makan begitu saja sebagai sup panas atau makan dengan nasi putih.
  • Kalau suka pedas, tambah cili padi atau serbuk cili semasa menumis.
  • Kalau suka versi vegetarian, gantikan ayam dengan tofu & sayur sahaja.

Resepi ni sangat sesuai untuk malam-malam hujan atau bila selera makan ‘malas nak berat’ tapi nak yang sedap & berkuah.

Selamat mencuba! Kalau suka resepi cepat macam ni, follow akakpesan.com untuk idea lauk ringkas & sedap setiap minggu 🥰

Kredit: Zurina Zulkefli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*