Resepi Biskut Chocolate Chip Tanpa Telur – Versi Mak yang Diolah Semula

Biskut chocolate chip tanpa telur, rangup & gebu dalam balang raya

Selepas beberapa orang dok DM minta resepi, hari ni saya gigihlah juga tulis penuh resepi biskut chocolate chip saya ni haa 😁

Resepi asal dari mak, tapi saya olah sikit ikut kesesuaian bahan dan selera tekak zaman sekarang. Yang menariknya – tak ada telur pun! Dan dapat dalam 90–100 biji ikut besar kecil kita buat. Memang ngam sangat kalau nak buat stok biskut raya atau untuk jualan.

🍪 Bahan-Bahan:

  • 300g butter (saya guna Butterich blend – marjerin atau pure butter pun boleh)
  • 100g gula castor
  • 100g gula perang
  • 35g serbuk koko
  • 300g tepung gandum
  • 125g tepung jagung
  • 60g peanut chunk (boleh tambah jika suka)
  • 70g chocolate chip
  • 5ml vanilla esen
  • 5g soda bikarbonat

👩‍🍳 Cara-Cara:

  1. Sediakan semua bahan siap-siap.
  2. Beat butter dan kedua-dua jenis gula guna balloon whisk – speed 4, jangan over beat.
  3. Masukkan vanilla esen dan soda bikarbonat – kacau sebati dengan spatula.
  4. Masukkan serbuk koko – tukar ke flat beater, guna speed 1. Beat sekejap je (±1 minit).
  5. Masukkan tepung gandum & tepung jagung – beat lagi dengan speed rendah sampai sebati.
  6. Masukkan peanut chunk & chocolate chip – gaul sebati. Doh siap!

Untuk bentuk doh:

  • ✔️ Kalau nak piping guna beg – beat lagi sikit supaya doh agak lembut
  • ✔️ Kalau nak terap, doh kena firm & boleh dicanai

Canai & buat corak guna penggelek khas (nak fancy sikit), atau buat bulat-bulat comel je – senang macam saya ni haaa, semua nak bulat², diet ke laut 🤣

🔥 Suhu Bakar:

  • Oven: 160°C
  • Masa: ±28 minit
  • Pantau ikut oven masing-masing ya

📦 Hasil & Penyimpanan:

  • Dapat dalam 90–100 pcs (ikut saiz)
  • Simpan dalam balang kedap udara
  • Kalau dapat simpan sampai raya tu memang power – sebab selalunya baru bakar dah tinggal setengah 😆

💡 Tips Tambahan:

  • ✔️ Guna gula perang untuk rasa lebih “deep” & tekstur rangup luar, chewy dalam
  • ✔️ Kalau suka lagi moist, kurangkan 10g tepung gandum
  • ✔️ Nak buat jual? Boleh susun dalam bekas 25 pcs & label “tanpa telur” – niche!

Penutup:

Biskut ni simple, tapi setiap kali buat rasa seronok sebab dari resepi mak – dan dah jadi turun temurun pula sekarang. Tak ada telur tapi rasa tetap premium! Kalau awak dah cuba nanti, kongsi juga ya gambar biskut hasil air tangan sendiri 😊

Jangan lupa follow akakpesan.com untuk resepi homemade yang rare, jujur & penuh cerita! Selamat mencuba & selamat membulatkan diri 😆

Kredit: Wan N Wan M

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*