Resepi Cucur Manis Sticks Ala Churros Versi Kampung Ni Memang Sedap, Rangup Diluar Lembut Didalam

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Cucur Manis Sticks Ala Churros Versi Kampung Ni Memang Sedap, Rangup Diluar Lembut Didalam

Cucur manis sticks ini adalah perkongsian daripada Puan E-mah Najmah. Nak membuatnya sangat ringkas. Hanya menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama dan 3 bahan sampingan iaitu gula, garam dan minyak masak.

Simple dan menarik kan?

Namun hasilnya memang sedap. Rangup diluar gebu didalam. Habis licin diserbu anak-anak.

Mari ikuti resepi cucur manis stick ala churros versi kampung oleh Puan E-mah Najmah di bawah ini.

RESEPI CUCUR MANIS STICK ALA CHURROS VERSI KAMPUNG. SIMPLE SANGAT TAPI CONFIRM SEDAP!

Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang.

Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Bukan main ligat kepala mak fikir nak masak apa. Maka terjadilah…

Cucur manis sticks!

Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Taklah malu sangat nak bagi laki makan.

Anak-anak pulak rasa macam churros katanya… Hehe. Laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan. Perghh layannn!

Di sini saya kongsikan resepinya.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

Mula-mula masak air, gula, minyak & garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api.

Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. So far yang ni best, tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.

Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.

Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula.

Ni rupa lepas dah uli. Doh ni sepatutnya tak melekat kat tangan ye.

Bentukkan panjang-panjang macam ni, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana. Kat rumah ni anak-anak ramai, kena buat kontot-kontot sikit, bagi dapat banyak.

Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang ya.

HASILNYA

Dah siap! luar rangup, tapi lembuttt je kat dalam. Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Atau nak buat bentuk lain, sukati hehe

Cicah pulak dengan sos thai, nyummmm

Churos versi kampung sedap dik, rangup di luar, lembut di dalam

Sumber/Foto : E-mah Najmah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*