Cara Buat Kuih Puteri Mandi Guna Sukatan Cawan, Ikut Resipi Ini Dijamin Tak Liat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Kuih Puteri Mandi Guna Sukatan Cawan, Ikut Resipi Ini Dijamin Tak Liat

Kuih puteri mandi merupakan kuih yang berasal dari Kelantan dan Terengganu. Manisan tradisional ini masih digemari ramai sehingga sekarang.

Cara penyediaan kuih ini cukup mudah dan boleh dikatakan hampir sama dengan cara membuat buah melaka. Kuih ini juga popular di bazar Ramadan seluruh Malaysia.

Jadi, jika ada yang teringin nak makan, boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi di bawah.

RESEPI KUIH PUTERI MANDI

RBahan-bahan doh:

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Air dicampur dengan pewarna hijau secukupnya (kalau nak guna air kisaran daun pandan pun boleh)

Bahan inti kelapa:

  • 1 cawan air
  • 2 ketul gula melaka bersaiz besar
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan parutan kelapa muda

Cara memasak:

1. Untuk membuat doh, satukan semua tepung dan masukkan air dengan secukupnya. Sukatan air hingga mendapat bentuk doh yang elok dan tidak melekat di tangan.

2. Cubit doh, bulatkan ikut saiz sebesar ibu jari dan tekan di bahagian tengahnya.

3. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan doh-doh tepung yang telah dileperkan tadi.

4. Masak hingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.

kuih puteri mandi

5. Untuk hasilkan inti kelapa, masukkan air ke dalam kuali dan didihkan.

6. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga hancur sebati.

7. Masukkan juga daun pandan untuk bau yang lebih harum.

8. Seterusnya masukkan parutan kelapa muda dan kacau sebati dalam cairan gula melaka tadi.

9. Bila inti kelihatan sempurna, masukkan adunan pulut yang telah dimasak dan di toskan tadi. Gaul sebati.

10. Kuih Puteri Mandi sedia untuk dinikmati.

kuih puteri mandi

Kredit resipi dan gambar: Aliyaisma Ariffin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*