Memang Sedap! Ini Cara Buat Ayam Meraung Yang Simple Tapi Terangkat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Memang Sedap! Ini Cara Buat Ayam Meraung Yang Simple Tapi Terangkat

Sajian hidangan ayam meraung bukan sahaja sedap malah mudah untuk disediakan. Sesekali jika ingin memasak ayam apa kata buat ayam meraung ini. Ditambah pula dengan sos yang padu memang betul-betul terasa nikmat setiap kunyahan.

Anda nak cuba buat? Ikuti sahaja perkongisan resepi ayam meraung yang dikongsikan oleh Mas Salleh ini. Sedap, mudah dan ringkas. Anda pasti berpuas hati.

Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 keping dada ayam (perap dengan sedikit kicap pekat)
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Secukup rasa
  • Sedikit minyak
  • Sedikit gula

CARA-CARA MEMASAK :

1. Satukan semua bahan.

2. Bakar dalam non stik pan hingga masak.

3. Setlah masak boleh lah potong ikut suka atau kesesuaian.

BAHAN-BAHAN SOS :

  • Cili merah besar*
  • Cili padi hijau*
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Daun ketumbar beserta akar*
  • Gula kabung
  • Sos ikan
  • Sedikit beras pulut sangai dan tumbuk halus
  • Sedikit cili flakes

CARA-CARA MEMBUAT SOS :

1. Cincang kasar semua bahan bertanda (*).

2. Gaul semua bahan dan perahkan asam limau.

SIAPP UNTUK DINIKMATI

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Mas Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*