Cara Buat Paru Goreng Sambal Garing, Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Paru Goreng Sambal Garing, Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin

Paru sambal goreng antara hidangan ringkas yang lazat untuk dinikmati. Bukan semua orang yang gemar makan bahagian dalaman seperti paru ni. Namun bagi penggemarnya ia merupakan satu hidangan yang sangat menyelerakan dan sedap. Selain diratah begitu sahaja,cukup dinikmati bersama nasi putih kosong panas, itu pun sudah cukup menyelerakan. Silap gaya bertambah nasi dibuatnya.

Nak menyediakannya cukup mudah, perkongsian resepi oleh Puan Azizah Salleh ini boleh dijadikan panduan buat mereka yang baru berjinak nak memasak masakan kesukaan atau mereka yang baru mendirikan rumahtangga.

Mari ikuti perkongsian dibawah ini.

RESEPI PARU GORENG SAMBAL

Pukul 9 malam nantu cari nasi gara-gara paru goreng garing (pedas-pedas manis). Peveret dia rupanya.

Saya kongsi resepi cara saya untuk adek-adek yang baru kawin. Yang dah kawin tentu-tentu dah pakar buat masakan ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg paru
  • 1 sudu teh sebuk kunyit
  • Garam
  • Minyak Masak
  • 10 ulas bawang ros (kecik)
  • 6-8 biji cili api merah (siam)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kuib ayam
  • 1/2 buku gula kabung (gula melaka)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Basuh bersih paru dan rebus supaya ia lembut.

2. Setelah paru lembut, keluar dan toskan airnya. Hiris paru nipis-nipis, gaulkan bersama sedikit garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit.

3. Kemudian goreng paru sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Angkat dah sejukkan.

4. Kisar kering bawang ros, cili api merah, bawang putih dan halia menggunakan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan letak air.

4. Panaskan 3 sudu minyak (guna minyak goreng paru tadi). Masukkan bahan kisar, letak sedikit garam dan separuh kiub ayam serta 1/2 buku gula kabung (gula melaka).

5. Masak atas api perlahan sehingga gula larut. Gaul rata. Tutup api.

6. Apabila sambal sejuk, paru pun sejuk baru masukkan paru dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup. Sedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi panas + telur mata.

Mudah kan? Berbaloi masak sendiri.

Selamat mencuba. Saya izinkan anda kongsi resepi ini

TIPS TAMBAHAN :

  • Tips untuk tahan berbulan dan tidak berkulat, masak sambal mesti lama hingga sambal kelihatan merah kehitaman. Bila sambal mengering, perlahankan api supaya bahagian bawah tidak hangus. Teruskan masak dan kerap mengacau.
  • Sambal paru lebih sedap ada manis sedikit, pedas masin cukup rasa.
  • Semasa menggoreng jangan goreng terlalu banyak paru pada satu masa.
  • Tips untuk paru rangup, goreng paru hingga buih-buih berkurangan.

Sumber/Foto :  Azizah Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*