Cara Buat Ayam Goreng Bawang Putih Viral, Crunchy Diluar Juicy Didalam. Memang Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Ayam Goreng Bawang Putih Viral, Crunchy Diluar Juicy Didalam. Memang Sedap

Jika anda bercadang nak masak ayam anda boleh cuba buat ayam goreng bawang putih ni. Tengah viral sekarang. Ramai yang dah cuba resepi ni. Ada pelbagai cara, ini salah satu daripadanya.

Memang sedap, araoma dan rasa bawang putih tu meresap ke dalam ayam. Makan pula dengan mayonis. Fuhhh memang sedap. Mari kita ikuti perkongisan resepi oleh Aniqclone dibawah ini. Jom masak!

AYAM GORENG BAWANG PUTIH

Nak masak apa tu? Boleh cuba ni ayam goreng bawang putih. Sedap bau wangi bawang putih ditambah bawang putih ada khasiatnya yang tersendiri. Memang sedap ayam ni.. crunchy diluar dan juicy didalam. Perap lagi lama
lagi sedap.

Okay, jom masak..!

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam
  • 1 labu bawang putih
  • 1 1/2 bawang merah (size sedang)
  • 1 inci halia
  • 1 biji telur
  • 1 sudu sos tiram (nak letak lebih pon takpe)
  • 1/2 tbsp gula
  • 5 tbsp tepung ubi
  • 1 tbsp chicken stock / 1 cube
  • Garam/Seasoning

CARA-CARA MEMASAK :

1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan telur menggunakan blender.

2. Sediakan satu bekas berisi ayam yang telah dipotong dan gaulkan bersama bahan yang telah dikisar halus tadi.

3. Tambahkan chicken stock, sos tiram, garam, gula dan sedikit perasa. Gaul sehingga semuanya sebati/rata.

4. Setalah itu masukkan tepung ubi.

5. Gaul sehingga rata dan perapkan ia sebentar. (Lebih lama lebih sedap).

5. Selepas perap boleh lah goreng ayam tersebut seperti biasa. Bila ayam dah separuh masak masukkan beberapa ulas bawang putih dan goreng hingga garing.

SIAPPPP!

Dah siap ayam kita. Ok ayam goreng bawang putih ini sedap dimakan dengan mayonis macam ni tau.. anak-anak mesti suka sangat ni. Selamat mencuba!

Sumber/Foto/Video : Aniqclone | TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*