Cara Buat Kuih Akok, Lagi Senang Dari Masak Mi Segera Rupanya
Sebut je kuih akok sudah terbayangkan kelembutan kuih tersebut. Apa lagi jom cuba! Kebiasaannya, kuih akok berbentuk bujur akan tetapi boleh sahaja menggunakan acuan yang berbentuk lain seperti acuan buah ulu dan akok bunga.
RESIPI MEMBUAT KUAH AKOK YANG MUDAH
Bahan-bahan:
- 1/2 cup air daun pandan
- 7 biji telur
- 1/2 cup tepung gandum
- 1 cup air gula melaka
- Sedikit garam
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam blender dan blend untuk seketika. Jika menggunakan blender ia akan lebih sekata.
Bahan yang di blender perlu lah ditapis sebelum masuk ke dalam bekas agar tidak mempunyai ketulan.
Masukkan 200 ml santan. Gaul sehingga sebati.
Dalam acuan kuih nanti, letakkan sedikit minyak agar ia tidak melekat dan cantik ketika keluar daripada acuan. Jangan letakkan sehingga penuh, letak separuh sahaja sebab nanti dia akan naik.
Bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah celsius.
Dah siap! Ini lah rupa kuih akok.
Sumber: Aniqclone
Leave a Reply