Cara Buat Dangai Kukus Yang Sedap & Beraroma. Guna 4 Bahan Sahaja
Kuih Dangai antara hidangan tradisi yang kekal diwarisi oleh generasi ke generasi. Walaupun ramai generasi muda pada hari ini mungkin kurang mengenali kuih ini namun ia masih kekal mendapat permintaan ramai sehingga ke hari ini.
Jika ke pasar-pasar malam kita akan nampak kuih dangai ini masih dijual. Aroma harum kelapa pasti memikat selera penggemarnya. Kuih ini juga ada pelbagai versi, ada yang dibakar ada juga yang dikukus.
Resepi Kuih Dangai kukus perkongisan Puan Nurul Hairi memang mudah disediakan dan sedap. Nak membuatnya pula hanya guna 4 bahan sahaja. Nak buat? Jom ikuti perkongisan beliau di bawah ini
RESEPI DANGAI KUKUS
Dangai Kukus, kuih permintaan ramai sekarang ini.
BAHAN-BAHAN :
(Anggaran 26 Biji Saiz Lompang Kecil)
- 3 Cawan Kelapa Parut Putih
- 1 Cawan Tepung Pulut
- Sedikit Garam
- Gula Merah atau Gula Melaka Secukupnya
CARA-CARA MEMASAK :
1. Masukkan 3 cawan kelapa parut putih bersama 1 cawan tepung pulut dan sedikit garam.
2. Gaul manja semuanya.
3. Masukkan 1 sudu penuh kelapa parut tadi kedalam acuan. Tekan-tekan manja kelapa tersebut. Buat lubang tengah dan masukkan 1 sudu kecil membukit gula merah atau Gula Melaka.
4. Sediakan air kukusan. Nak lebih wangi, masukkn 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan tersebut. Untuk aroma yang wangi.
5. Setelah itu boleh kukus kuih Dangai tersebut sehingga kuih masak.
Siappp. Sedia untuk dinikmati.
TIPS :
Untuk kelapa palingg sedap guna kelapa sedang-sedang. Tak muda sangat, dan tak tua sangat. Tapi jika tiada pilihn, kelapa tua pun boleh. Ambil yang putih sahaja.
Sumber/Foto : Puan Nurul Hairi
Leave a Reply