Cara Buat Air Katira Asli Johor, Sedap Diminum Sejuk. Beraroma & Menyegarkan

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Buat Air Katira Asli Johor, Sedap Diminum Sejuk. Beraroma & Menyegarkan

Di Johor, minuman yang sentiasa popular khususnya di bazaar pada bulan Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.

Jika anda ingin merasi bagaimana rasanya air katira yang sedap dan sememangnya asli Johor anda boleh ikuti resepi perkongisan Kamarul Ariffin Nor Sadan ini di bawah ini.

RESIPI AIR KATIRA ASLI JOHOR

Air Katira Johor by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.

Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.

Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.

Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu besar katira
  • 1 sudu besar biji selasih
  • 3 biji kurma
  • 3 biji kembang semangkuk
  • 4 biji badam
  • 4 helai daun pandan
  • 4 sudu besar gula
  • 1 liter susu segar

Untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.

2. Sekitar 4-6 jam, semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, dah boleh angkat dan toskan.

3. Sementara itu, potongkan badam. Cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.

4. Rebus daun pandan tadi dengan air dan gula untuk dapatkan aroma serta warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

5. Apabila bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik, Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya. Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.

6. Sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos dahulu. Jangan terus tuang dalam susu tu. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat.

7. Air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.

Lihat warnanya. Hijau lembut sahaja kan? Selamat mencuba ya.

Sumber/Foto :  Kamarul Ariffin Nor Sadan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*