Sedap & Lembut, Ini Cara Buat Apam Balik Homemade Menggunakan Sukatan Cawan. Pasti Jadi
Petang-petang begini kalau layan makan apam balik memang ngam sungguh. Lagi-lagi dapat ampam balik yang penuh dengan intinya. Nikmat tak terkata.
Buat sendiri baru puas hati nak makan. Nak sampai inti jaung meleleh, nak tebal ke nak nipi semua boleh. Nak letak pulut itam pon boleh, nak letak jagung saje pun boleh. Kita yang buat dia.
Nak buatnya pun senang sahaja. Ikuti sahaja perkongisan resepi Raihan Mahat ni. Confrim menjadi dan sedap. Mari ikuti perkongsian resepi ini dibawah.
RESEPI APAM BALIK HOMEMADE
2 hari layan apam balik. Bila buat sediri nak letak jagung sampai meleleh pun boleh. Nak tebal ke nak nipis ke pun bolehhhhh.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
- Sedikit pewarna kuning
- 1 biji telur
- 1½ cawan air
- Sedikit mentega
BAHAN-BAHAN TABUR :
- Kacang tanah
- Jagung manis dalam tin
- Gula
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning. Pukul lagi sehingga sebati
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sapu margerin di permukaan non stick pan. Buat ade-ada je sapu tu. Tak perlu banyak-banyak.
4. Tuangkan dalam 2 senduk dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi adunan. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita. Aggitew.
5. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula. Pastu kacang dan jagung. (Kalau nak letak pulut itam pon boleh, nak letak jagung saje pun boleh. Kita yang buat dia khennnn)
6. Jika kulit apam balik sudah masak/keperangan dan garing. Angkat dan sapukan mentega hingga rata. Siap untuk dihidangkan.
TIPS : Untuk memotong apam dengan mudah, lalukan pisau pada air.
Sumber/Foto : Raihan Mahat
Leave a Reply