Cara Buat Roti Sosej & Mini Pizza Yang Lembut Gebu. Simple & Semestinya Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Roti Sosej & Mini Pizza Yang Lembut Gebu. Simple & Semestinya Sedap

Kalau singgah ke kedai bakery atau mana-mana kedai roti mesti kita nampak atau beli roti sosej dan roti mini pizza ni kan. Beraneka pilihan dan sedap. Untuk dua menu ini anda boleh buat sendiri dengan satu adunan doh sahaja. Best kan?

Resepi perkongsian Hidayati Hana memang beliau gunakan untuk buat roti sosej dan roti mini pizza menggunakan doh yang sama. Menurut beliau cara membuatnya simple dan senang sahaja. Mari kita ikuti perkongisan beliau di bawah ini.

RESEPI ROTI SOSEJ & MINI PIZZA

Roti Sosej sekali buat Roti Mini Pizza guna doh yang sama. Resepi ni memang saya guna untuk buat roti
Simple dan senang gitew. Ni saya sharekn resepinya.

BAHAN-BAHAN DOH

  • 3/4 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung roti
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar mentega
  • Kuning telur (tambah sedikit air untuk disapu pada roti)
  • Sosej (direbus dulu)
  • Mix vege (campurkan dengan mayonis)
  • Sos cili
  • Mayonis

CARA-CARA MEMBUAT

1. Satukan air suam, yis, gula dan susu pekat manis dalam 1 bekas. Biarkan mengembang.

2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul rata.

3. Masukkan adunan yis yang sudah kembang tadi.

4. Uli sehingga sebati dan perap adunan selama 1 jam.

5. Selepas adunan mengembang, tumbuk-tumbuk supaya keluar angin. Bentukkan roti ikut cita rasa.

6. Sapukan kuning telur. Letak sosej dan mix vege. Hiaskan dengan sos dan mayonis

7. Biarkan roti 20 minit supaya roti mengembang semula.

8. Panaskan oven pada suhu 170’c dan bakar selama 25 minit.

9. Kalau roti dah perang maknanya dah masak la tu. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Hidayati Hana

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*