Cara Buat Maggi Kari Tumis, Habis Licin Semua Berebut Nak Makan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Maggi Kari Tumis, Habis Licin Semua Berebut Nak Makan

Maggi kari ni antara makanan rakyat Malaysia. Hampir setiap rumah ada simpan stok maggi kari ni. Biasa kita masak maggi rebus dan perencah karinya sahaja. Paling tidak pun letak telur. Sekali sekala cuba buat maggi kari tumis, memang sedap. Pasti berebut masing-masing nak makan.

Nak menumis pun kena caranya juga silap-silap habis hilang mood nak makanan nanti. Anda boleh ikuti resepi dari perkongsian Adie Ryhan ni. Tengok gambar pun dah boleh buat kita terliur.

Ikutilah anda nak masukkan apa, boleh diolah. Nak masukkan udang boleh, nak masukkan ayam boleh. Ikuti citarasa. Nak ringkas boleh masukkan telur dan sosej. Nak mewah letak ketam atau udang. Hah apa lagi.. jom masak!

RESEPI MAGGI KARI TUMIS, CONFRIM TAK CUKUP SEMANGKUK

Musim hujan ni memang sedap makan meggie panas kan. Kalau masak ni confirm tak cukup satu bungkus lah. Berebutttt.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 pek Maggi Kari
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Cili Padi
  • 1 biji telur
  • 1 sudu air limau
  • Sayur Sawi
  • Isi ayam / Udang / Sotong

CARA-CARA MEMASAK :

1) Tumiskan bawang putih + bawang holland + cili padi.

2) Masukkan udang atau apa-apa lauk pilihan.

3) Masukkan sambal. Gaul sehingga rata.

4) Masukkan air, kemudian masukkan perencah megi kari.

5) Sedikit air limau.

6) Masukkan megi dan sayur pilihan. Besarkan api.

7) Sebelum megi lembut, slow kan api, pecahkan sebiji telur. Lepas tu kuat kan api balik.

Nak pedas, boleh racikkan cili padi dan tumis sekali pada awal tadi. baru lah ngam!

SIAP UNTUK DIHIDANG

TIPS :

Rebus/Celurkan mee maggi terlebih dahulu, toskan dan buang airnya. Kerana kebiasaanya mee maggi disaluti oleh bahan pengawet/lilin.

Sumber/Foto : Adie Ryhan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*