Berlemak & Lembut, Ini Cara Buat Kuih Seri Muka Menggunakan Sukatan Cawan. Confrim Jadi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Berlemak & Lembut, Ini Cara Buat Kuih Seri Muka Menggunakan Sukatan Cawan. Confrim Jadi

Jika anda suka menikmati hidangn kuih yang rasa lemak dan lembut maka kuih seri muka salah satu antara yang menjadi pilihan. Selain lembut dan rasa berlemak, aroma wangi pandannya juga menaikkan lagi kesedapan hidangan ini.

Cara penyediaanya juga mudah sebenarnya. Janji anda menggunakan sukatan yang betul. Antaranya menggunakan sukatan cawan, gerenti jadi dan sedap. Resepi perkongsian SuiSan Aliezsha ini anda boleh jadikan panduan. Beliau yang merupakan penjual kuih berkongsi resepi kuih seri muka ini.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

RESEPI KUIH SERI MUKA

Hyee.. korang buat apa je tu, saya masih kat dapur siapkan tempahan kuih..”kuih seri muka”, ada tak yang minat kuih ni?

BAHAN-BAHAN BAHAGIAN BAWAH :

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

CARA-CARA MEMMASAK

1. Cuci beras pulut dan toskan.

2. Masukkan beras pulut dalam loyang dan ratakan.

3. Tuangkan santan yang telah diberi sedikit garam ke dalam loyang yang berisi beras pulut.

4. Kukus selama 25 minit.

5. Setelah kukus, angkat dan penyek-penyekkan pulut supaya padat.

BAHAN-BAHAN BAHAGIAN ATAS

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • Setengah cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

CARA-CARA MEMASAK :

1. Masukkan semua bahan-bahan dan blend supaya adunan menjadi halus.

2. Kemudian tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dipadat-padatkan tadi.

3. Setelah itu kukus selama 30 minit.

4. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

NOTA MENASAK

Boleh guna apa-apa cawan asalkan sukatan bahan menggunakan cawan yang sama.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : SuiSan Aliezsha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*