“Buat Hari-hari Pun Tak Puas Makan,” Ini Cara Mudah Buat Nasi Air Kelate

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

“Buat Hari-hari Pun Tak Puas Makan,” Ini Cara Mudah Buat Nasi Air Kelate

Nasi air atau bubur nasi ini sememangnya menjadi menu yang menarik di negeri Kelantan, tambah pula dengan lauk-lauknya memang mantaplah. Silap-silap bermangkuk duk makan nasi air kelate ni.

Nak menyediakannya mudah sahaja. Ikuti sahaja resepi perkongisan Nor Shahida Yusoff ini. Confrim menjadi dan sedap.

Jadi, jom kita ikuti resepi cara penyediaan nasi air Kelatan ini di bawah.

NASI AIR KELATE

Buat hari-hari pun tak puas nasi air kelate ni.. senang je. Jom masak

BAHAN-BAHAN NASI :

  • 1 1/2 pot nasi
  • 1inch halia
  • Sedikit garam

BAHAN-BAHAN KUAH SUP :

  • 1 biji bawang merah *dihiris
  • 2 biji bawang putih *dihiris
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Halia
  • Akar ketumbar
  • Isi ayam
  • 1 Kiub pati ayam
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Gula
  • Sedikit ajinomoto

BAHAN-BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH :

  • 2 biji bawang putih *dicincang
  • Sedikit minyak

BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP :

  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Kicap
  • Garam
  • Gula

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Blender beras + air. Masukkan dalam periuk dan tambah air.. kemudian tambah halia dan sedikit garam.

2. Goreng ikan bilis sampai garing. Dan garing toskan. Minyak ikan bilis kita guna untuk goreng bawang untuk masak sup.

3. Yang ni bahan-bahan untuk masak sup.

4. Masukkan bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang ke dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing. Minyak ni la yang menyedapkan rasa kuah sup nasi air ni.

5. Then masukkan ayam, air, halia, kiub pati ayam

6. Masukkan akar daun ketumbar

7. Untuk minyak bawang putih, bawang putih+ minyak kemudian goreng sekejap atas dapur. Bawang tu masuk masa sebelum minyak panas lagi ye, kalau tunggu minyak panas, nanti bawang tu hangus.

Sepatutnya guna limau nipis dan daun bawang, tapi kat rumah takde, so guna apa yang ada. Ada yang tak ade sukatan, main letak je sebab tak pandai sukat betul-betul.

DAH SIAPPP

Sumber/Foto : Nor Shahida Yusoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*