Resepi Nasi Goreng Viral, Simple Tapi Rasa Sedapnya Memang Padu

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Nasi Goreng Viral, Simple Tapi Rasa Sedapnya Memang Padu

Nasi goreng memang sinonim dengan masyarakat kita. Bukan sahaja dijadikan sajian sarapan malah kini nasi goreng dimakan tidak kira waktu pagi mahupun malam. Resepi dan versi pun pelbagai.

Walaupun ringkas, jika bahan-bahan yang digunakan serasi antara satu sama lain ia akan menghasilkaan nasi goreng yang sangat sedap rasanya walaupun ringkas. Antara resepi nasi goreng yang boleh anda cuba ialah nasi goreng viral perkongisan Har Ryea ini.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini

RESEPI NASI GORENG VIRAL, MEMANG TERLIUR!

Pernah bagitahu sebelum ni yang k.su dapat resepi dari Tik Tok. Tak tau nama sebenarnya nasi gorengnya. Tapi harini k.su ada add-on sotong. APA NAMA NASI GORENG YANG SESUAI YER…

CARA-CARA PENYEDIAAN

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah & sedikit cili padi hijau..

2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing pastu ketepikan sikitt..

3. Masukkan telur. Dah masak sikit, hancur-hancur telur tu.. ketepikan jugak..

4. Masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk, tumis hingga wangi & sedikit garing..

5. Masukkan garam, ajinomoto & sedikit serbuk kunyit..

6. Masukkan sotong yang dah dikeringkn airnya dulu.. gaul rata sume bahan-bahan…

7. Pastu masukkn nasi, kacau rata shingga ianya berwap..

8. Alhamdulillah siapp sudah. Sedapppp!

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Har Ryea

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*