Air Soda Herbs, Penyejuk Dikala Panas. Mudah, Sedap & Segar Sangat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Air Soda Herbs, Penyejuk Dikala Panas. Mudah, Sedap & Segar Sangat

Tengahari atau petang-petang jika dapat air soda herbs perghh rasa segar dan refreshing. Memang terasa nikmatnya bila lalu kat tekak. Menyegarkan dan memang terbaik rasanya. Memang terasa sangat berbaloi dengan kesegaran dan nikmat sedap yang kita dapat rasa.

Lagi lagi jika ada tetamu bertandang ke rumah, hidang pula air soda herbs ni.. fuhh memang class. Nak menyediakannya mudah sahaja. Cukup bahan boleh terus buat.

Mari ikuti perkongisan dibawah ini.

CARA BUAT AIR SODA HERBS

Penyejuk tekak dikala panas & buat buka puasa pun ummppp sangat. Yang penting mudah, sedap dan segarr sangat.

BAHAN-BAHAN :

  • Ais cream soda F&N
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 biji Lemon
  • Daun pudina@apple mint
  • Asam boi ( suka masak letak lebih sikit)
  • Buah Laici / yang dalam tin pun boleh.
  • Ais

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Sediakan satu bekas.

2. Basuh lemon bagi bersih, hiriskan 1 biji lemon bulat-bulat. Masukkan lemon yang telah dihiris tersebut.

3. Kemudian, masukkan daun pudina. Ramas-ramas sedikit biar keluar baunya

4. Masukkan pula asam boi putih, 1 tin buah laici berserta airnya.

5. Tuang air aiskrim soda secukupnya berserta air batu.

6. Akhir sekali perah lagi 1/2 biji atau 1 biji lemon dan masukkan serai tadi yang telah diketuk.

SEDIA UNTUK DIMINUM

Senang kann??

Simple but i’m in love laa dengan minuman macam ni. Segarr sangat. Haaa, tunggu apa lagi, cepat buat.

TIPS EXTRA :

Seeloknya air soda herbs ni dibiarkan overnight dalam peti sejuk. Ala, macam infuse water tu. Biar pati sari buah lemon, pudina dan serai tu meresap ke dalam air. Baru sedap!

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Syikin Gillis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*