Cara Buat Waffle Yang Lembut Walaupun Dah Berjam Di Luar, Guna 3 Bahan Sahaja

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Buat Waffle Yang Lembut Walaupun Dah Berjam Di Luar, Guna 3 Bahan Sahaja

Waffle antara snek paling senang dan cepat untuk disediakan buat keluarga. Lagi puas hati bila buat sendiri sebab boleh letak inti yang disukai, letak banyak-banyak pun takpe!

Bukan hanya sesuai untuk sarapan pagi, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan.

Dengan hanya menggunakan 3 bahan anda dapat hasilkan waffle yang sedap dan tahan lama tidak lembik. Masih lembut walaupun sudah berjam-jam di luar. Apa yang perlu anda lakukan hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Ana Syafi ini. Confrim menjadi!

Jom ikuti perkongsian resepi ini di bawah.

RESEPI WAFFLE 3 BAHAN

Sarapan untuk anak. Bancuh siap-siap & simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je. Guna resepi youtube Jamie Oliver.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan tepung kek bluekey
  • 1 cawan susu full cream milk
  • 1 biji telur
  • secubit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

saya asingkan telur kuning masuk ke dalam tepung & telur putih masuk dalam mangkuk kecil, pukul sampai jadi tanduk/stiff (saja ajak anak buat aktiviti sikit, hilangkan boring sikit).

waffle ni lembut je walaupun dah lama kat luar… drive dalam kereta berjam-jam pun still lembut.

Bancuh siap-siap dan simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ana Syafi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*