Resepi Puding Milo Chocolate By Mr. Ali Ini Memang Sedap. Lembut Je & Senang Nak Buat
Sedapnya puding milo coklat, makan sejuk-sejuk pasti menyegarkan. Anak-anak sudah tentula suka makanan yang bercoklat. Resepi puding Milo Chocolate perkongsian Muhammad Ali ini boleh anda cuba. Memang sedap dan senang cara penyediaannya. Ikut sahaja langkah-langkah yang diajarkan oleh beliau. Confrim menjadi!
Mari kita ikuti perkongsian resepi beliau di bawah ini.
RESEPI PUDING MILO CHOCOLATE BY MR. ALI
Salam & hi semua. Harini saya nak share resepi olahan saya sendiri, biar puding ni lebih lembut & tak manis. Memang sedap & senang je tau.
InsyaAllah saya guide detail untuk hampa buat resepi ni dengan jayanya. Ok jom start!

BAHAN-BAHAN LAPISAN OREO :
- 10 gram agar-agar tali
- 4 cawan air
- 50g gula
- 120g susu cair
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu kecil essen vanila
- Oreo yang dipatahkan
BAHAN-BAHAN LAPISAN MILO :
- 8g agar-agar tali
- 60g gula
- 2 sudu makan susu pekat
- 100g milo
- 100g susu cair
- secubit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN LAPISAN OREO :
1. Masukkan 10 gram agar2 tali + 4 cawan air. Biarkan ia mendidih. Api perlahan sahaja.

2. Dah mendidih masukkan 50g gula. Kacau sebati
3. Masukkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A. Masukkan dan kacau sebati .

4. Biarkan mendidih 1-2 minit. Dah mendidih off api
5. Masukkan 1 sudu kecil essen vanila.

6. Tunggu agak-agak suam dalam 5-6 minit. Baru tuang kedalam loyang 7 inci.

7. Dah tuang masukkan oreo yang dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana.

8. Setkan suhu bilik atau letak luar dulu dalam 15 minit baru masukan dalam chiller/ peti
CARA-CARA PENYEDIAAN LAPISAN MILO
1. Masukkan 8g agar2 tali + 3 cawan air. Biarkan mendidih
2. Dah mendidih masukkan 60g gula.

3. Bila gula dah larut masukkan 2 sudu makan susu pekat
4. Masukkan 100g milo

5. Masukkan 100g susu cair

6. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1-2 minit. Dah mendidih off api dan tambah secubit garam. Kacau-kacau dan biarkan suam dalam 5-6 minit.
7. Keluarkan lapisan oreo tadi , cucuk-cucuk dengan garpu agar lapisan melekat. Cucuk banyak sikit tau.

8. Tuangkan perlahan-lahan lapisan milo tadi.

9. Biarkan diluar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3-4 jam .

Dah siap & boleh makan. Memang lembut tau. Sedap sangat, anak-anak mesti suka. Selamat mencuba!


Sumber/Foto : Muhammad Ali
Leave a Reply