Resepi Popia Begedil Daging, Memang Padu & Rapuh Elok. Berebut Semua Nak Makan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Popia Begedil Daging, Memang Padu & Rapuh Elok. Berebut Semua Nak Makan

Biasa begedil ni kita buat dengan tauhu. Kali ini, apa kata gantikan dengan kulit popia untuk jadikan popia begedil.

Resipi popia begedil daging yang dikongsi Salwani Ahmad @ Ceksal Kitchen ini sangat senang dan mudah untuk membuatnya. Sesuai untuk menu minum petang kita. Pasti berebut masing-masing nak makan.

Mari ikuti perkongisan di bawah ini

RESEPI POPIA BEGEDIL DAGING

Popia begedil… memang paduu…rapuhh elokk

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gram kentang
  • 100 gram daging kisar @ daging burger
  • Sudu teh lada sulah
  • Serbuk perasa
  • Setangkai daun bawang – hiris
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng
  • Minyak masak
  • kulit popia

BAHAN SALUT :

  • 2 biji telur – pukul

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus kentang hingga empuk. Jika nak goreng dulu pun boleh. Goreng nanti begedil tak lembik sangat.

2. Setelah sejuk, lenyek hingga halus.

3. Campurkan kentang yang telah lenyek dengan daging kisar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk.

4. Gaul hingga rata.

5. Letak inti yang kita gaulkan tadi ke atas kulit popia. Lipat dan gulung dengan kemas. Buat sampai habis inti.

6. Panaskan minyak dalam kuali.

7. Celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan dengan sambal hitam/sambal kicap. Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Ceksal Kitchen














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*