Cara Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Gerenti Jadi

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Gerenti Jadi

Menu sambal mempunyai pelbagai jenis dan cara memasak, antaranya sambal tomato ikan bilis goreng. Menariknya perkongsian resepin Tengku RosElyza Raja Muhammad sangat ringkas, mudah disediakan dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih digandingkan pula dengan ulam-ulaman seperti petai memang terangkatla jawabnya.

Sambal tomato ikan bilis ini antara menu yang boleh anda cuba masak dan hidangkan kepada ahli kelurga. Mari ikuti perkongisan di bawah ini.

RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG

Sambal tomato ikan bilis goreng .. haaa terliurrr takk .. mabelesss, Mantoppp..ratah pun sedap, makan dengan pulut pun sedap, makan dengan lontong pun sedap.

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula (ikut selera nak sedap macam mana)
  • 1 inci gula melaka
  • Minyak masak

BAHAN DITUMBUK KASAR :

  • 4 biji cili merah dipotong kasar
  • 2 biji tomato dipotong 8
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih

CARA NAK MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan, kemudian goreng pula belacan. Angkat dan ketepikan juga.

2. Langkah seterusnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar. Gaul rata sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ikan bilis dan belacan yang telah digoreng. Gaul sekejap

4. Masukkan pula gula melaka tadi, masak sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.

5. Taadaa dah siap

Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat weiii. Selamat mencuba

Sumber/Foto : Tengku RosElyza Raja Muhammad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*