Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Aiskrim memang disukai oleh semua orang, selain sedap ia juga dapat menyegarkan dan menyejukkan tekak si pemakannya. Jika kita biasa beli aiskrim dikedai apa kata sekali-sekala kita buat sendiri aiskrim dirumah.

Antara yang boleh kita buat ialah aiskrim legend ni.. aiskrim kacang merah. Boleh buat stok untuk makan sendiri atau buat jualan juga. Mesti laku keras dan kejap je habis.

Gambar aiskrim kacang merah perkongsian Zaky Mat Ali ini nampak betul-betul sedap. Rugi tak try buat.. rasa sedap lemak manis. Jom ikuti perkongsian resepi aiskrim kacang merah dibawah ini

RESEPI AISKRIM KACANG MERAH

Rugi tak try buat.. rasa sedap lemak manis. Saya ikhlas bekongsi resepi. Boleh lihat Facebook saya Zaky Mat Ali untuk banyak lagi resepi sedap dan mudah. Boleh buat untuk makan sendiri, boleh buat untuk berniaga.

Semoga semua sahabat saya dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki yang tak disangka- sangka.

BAHAN-BAHAN :

  • 350 gram Kacang Merah
  • 2.5 liter air masak
  • 1 cawan Gula
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 kotak Santan (kecil)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu tepung jagung
  • 3 sudu sirap
  • 1 sudu kecil garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

2. Didihkan air, masukkan gula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

6. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

HASILNYA

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Zaky Mat Ali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*