Cara Buat Suhun Goreng. Rasanya Lebih Sedap Dari Bihun & Lebih Sihat
Resipi Suhun Goreng perkongsian Naomy Chow betul-betul nampak sedap dan membuka selera kan. Bagi anda yang suka makan bihun goreng, bolehlah cuba menggunakan suhun pula. Mudah sahaja caranya malah ada yang mengatakan bahawa rasanya memang lebih sedap dari bihun.
Anda mesti cuba. Jom ikuti perkongisan resepi di bawah ini.
RESEPI SUHUN GORENG YANG SEDAP DAN RINGKAS
BAHAN-BAHAN :
- Suhun
- Bawang
- Udang Kering
- Cendawan Shitake
- Kubis Panjang
- Telur
- Tauge
- Daun bawang
- Karamel Masakan
- Kicap Cair
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Rendam suhun sehingga lembut. Toskan dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak masak, kemudian goreng udang kering (ditubuk), bawang putih (dicicang) sehingga naik bau
4. Masukkan telur dan kobis panjang. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah masukkan suhun lembut yang telah ditoskan bersama-sama karamel masakan.
4. Perasakan dengan garam dan perasa. Gaul sehingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Siapp..
SEDIA UNTUK DIHIDANG
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Naomy Chow
Leave a Reply