Cara Buat Ikan Masak Cuka Jadi Lebih Sedap, Tipnya Kena Masak Hari Makan Esok

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Buat Ikan Masak Cuka Jadi Lebih Sedap, Tipnya Kena Masak Hari Makan Esok

Ikan masak cuka antara hidangan pembuka selera orang dulu-dulu. Hidangan yang sedap dan bahan-bahan yang digunakan guna ringkas sahaja.

Resepi ikan masak cuka ini rasa kuahnya masam, manis dan pedas pastinya. Terasa masam masam manis ala ala acar gitu. Resepi ikan masak masak cuka ini mudah dan amat sedap dimakan bersama nasi panas.

Anda sendiri boleh cuba memasaknya dirumah. Resepi, cara dan tips supaya ikan masak cuka jadi lebih sedap boleh ikuti perkongsian oleh Norizah Saad ini.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI IKAN MASAK CUKA

Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah dan bawah putih yang kecik-kecik. Siap sudah masakan kesukaan arwah mak. Alfatihah untuk mak semoga tenang di Sana.
resepi.

CARA NAK BUAT IKAN MASAK CUKA JADI LEBIH SEDAP

Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas. Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.. Nak buat ke.. senang ja.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
  • 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji Cili padi
  • 1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
  • Sedikit halia
  • 2 camca Cuka makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumih.

CARA-CARA MEMASAK :

1. Ikan digaul sikit kunyit dan garam, pastu goreng. Jangan garing sangat tau.

2. Ambik periuk, letak sikit minyak bila panas tumis biji sawi.

3. Masuk bawang kechik dan putih

4. Masuk 1/2 cawan air, kemudian masuk cuka, Garam, Gula dan Cili padi

5. Biarkan mereneh sekejap dan angkat.. dah boleh dihidang.

Senang sahaja kan? Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Norizah Saad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*