Cara Masak Crispy Beef, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Memang Enak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Masak Crispy Beef, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Memang Enak

Jika tak tahu nak masak apa untuk menu lauk tengahari, bolehlah cuba resipi Crispy Beef atau Daging Rangup perkongsian Umi Watie ini.

Crispy Beef atau daging rangup ni antara menu yang anda boleh cuba, kerangupannya di luar dan kelembutannya di dalam pasti memikat selera. Cukup dinikmati dengan nasi panas-panas begitu saja pun, boleh buat selera bertambah.

Pasti dapat memikat hati suami dan anak-anak. Jom masak!

RESEPI CRISPY BEEF ATAU DAGING RANGUP

Crispy beef atau daging rangup. Makan dengan nasi panas pun dah cukup dah ni. Sesuai juga untuk idea untuk jualan tau. Selamat mencuba korang

BAHAN-BAHAN :

  • 400 g daging**
  • 1 biji telur**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1 sdb Lada sulah**
  • 5 sdb tepung jagung**
  • 2 sdb kicap cair**
  • ½ biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sdb empingan cili
  • 1 sdb bijan
  • 1 sdb kicap manis
  • 2 sdb cuka
  • 3 sdb sos tomato
  • Garam dan gula

Bahan bertanda ** kita perapkan terlebih dahulu. Kalau boleh 30 minit lebih awal

CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Kita gaulkan sebati bahan bertanda ** dan kita perapkan 30 minit lebih awal supaya bahan tadi mesra. Daging tu kalau boleh hiris nipis-nipis tau.

  • 400 g daging**
  • 1 biji telur**
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1 sdb Lada sulah**
  • 5 sdb tepung jagung**
  • 2 sdb kicap cair**

2. Bila dah siap perap bagai tu bolehlah kita gorengkan daging kita tadi dalam minyak yang panas.

3. Gorengkan daging tadi sampai garing tau. Dah siap, angkat dan ketepikan.

4. Bawang Holland kita tadi tu kita hiriskan kemudian tumiskan sampai kekuningan atau kita caramelized kan. Bawang ni yang buat crispy beef kita tu nanti spesial. Angkat dan asingkan

5. Tumiskan bawang putih yang kita cincang dan empingan cili. Kalau nak guna cili kisar pun boleh. Gantikan saja, takde masalah.

6. Bila semua bahan tumiskan kita tadi dah wangi kita masukkan cuka, kicap manis dan sos tomato dalam kuali. Kacau-kacaukan semua bahan supaya rata.

7. Perasakan dengan garam dan gula ya. Kita seimbangkan rasa masam, masin dan manis sos kita ni. Biarkan menerih sekejap.

8. Masukkan bawang holland yang telah kita caramelized kan tadi. Jangan lupa tau, nanti kurang kick.

9. Masukkan juga bijan yang telah kita sangai terlebih dahulu. Serius ah masa ni wangi oiii. Terus lapar balik perut ni. Tutupkan api dapur.

10. Masukkan daging yang telah kita gorengkan tadi. Gaulkan sebati.

Dah siapppp. Uishhhh tengok gambar pun dah terliur kan? Diet minggu depan je lah

Selamat mencuba

Sumber/Foto : Umi Watie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*