Campur Keledek, Ini Rahsia Resepi Tepung Gomak Pandan Jadi Lebih Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Campur Keledek, Ini Rahsia Resepi Tepung Gomak Pandan Jadi Lebih Sedap

Sedapnya kuih tepung gomak, Teksturnya yang lembut, sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Makan sekeping pun tak rasa puas

Di sesetengah tempat sangat susah nak jumpa orang jual kuih ini. Jika teringin anda boleh buat sendiri. Bahan dan cara penyediaanya pun ringkas dan mudah.

Berbeza dari resepi yang lain, resepi perkongsian Puan Rozita Daud ini menggunakan keledek oren dalam adunan dohnya. Biasanya resepi lain menggunakan tepoung beras sahaja. Patutlah lebih enak. Jom cuba resepi mudah ni. Anda pasti sukakan rasanya.

RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN

Resipi kuih tepung gomak vs pandan, kalau yang suka kenyal tak perlu letak keledik. Tapi saya suka lembut kenyai-kenyal gitu

BAHAH INTI:

  • 1 biji kelapa muda – ambik bahagian putih sahaja
  • 2 senduk gula merah (*)
  • Sedikit gula pasir (*)

BAHAN DOH:

  • 1 biji keledek oren – buang kulit dan rebus
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 bungkus tepung pulut
  • Sedikit perasa pandan

BAHAN SALUT:

  • Tepung beras secukupnya – sangai sekejap

CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat inti kelapa, masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa putih. Kacau sampai kering sedikit kemduian tutup api. Biar sejuk

2. Untuk doh pula, rebus keledek hingga empuk kemudian kisar seketika. Tuang dalam bekas bersesuaian.

3. Dalam bekas berisi keledek tadi masukkan perasa pandan dan juga tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.

4. Untuk salutan pula, sangai sekejap tepung beras di dalam kuali. Sejukkan.

5. Ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan tekan ke dalam. Letak inti kelapa yang telah disejukkan dengan secukupnya kemudian bulatkan kembali.

6. Masukkan ke dalam periuk berisi air panas. Ulang hingga doh habis.

7. Masak doh seperti memasak Buah Melaka. Biar hingga ia terapung sendiri.

8. Angkat dan tokan sekejap kemudian barulah letak dalam kuali berisi tepung beras. Gaul rata dan biar kuih sejuk sedikit.

9. Bila sudah sejuk, baru tekan kuih supaya jadi leper sebegini.

10. Kuih Tepung Gomak Pandan sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Rozita Daud

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*