Udang Masak Kam Heong Ni Memang Sedap, Habis Licin Di Makan Anak & Suami

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Udang Masak Kam Heong Ni Memang Sedap, Habis Licin Di Makan Anak & Suami

Memang sedap udang masak kam heong ni. Anak-anak terutamanya suka sangat makan siap bertambah tambah nasi lagi.

Nak masak udang masaka kam heong? Ikuti je resepi perkongsian Puan Ameera ni, confrim sedap punya. Ok jom kita memasak

RESEPI UDANG MASAK KAM HEONG

Udang ikut la nak pakai udang jenama apa. Babas boleh, terbabas pun boleh. Cara dan bahan bahan disetiap gambar. Selamat mencuba gais

BAHAN-BAHAN :

  • Udang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Udang kering segenggam
  • Rempah kari 1 peket
  • Air
  • Daun Kari
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan gula
  • 3 biji cili padi

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Siang udang bagi bersih betul, sebab ada celahan udang kalau tak bersih udang akan bau semacam. Part kepala udang tu cuci bersih. Tengah tu potong pakai gunting ye. Tarik hitam jalur tu. (Udang ikut la nak pakai udang apa)

2. Bedakkan udang dengan garam kunyit. Masak sekejap je ye. Jangan lama. Hilang manis tu nanti.

3. Pakai minyak udang tadi je. Tumis bawang putih 2 ulas

4. Masukkan bawang besar 1 biji

5. Kemudian masukkan gdang kering segengam (direndam air panas dan cuci bersih. Kemudian tumbuk ye).

6. Rempah kari 1 peket. Tumis sehingga pecah minyak.

7. Masukkan air (Sukatan air letak dalam tu je ha. Air penuh plastik tu okay. Ha tumis lagi)

8. Taburkan daun kari.

9. Masukkan 1 sudu makan kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kacau lagi.

10. Letak Cili padi 3 biji. Nak pedas sukati

11. Gula 1 sudu makan

12. Last sekali masukkan udang.

13. Siap dah Udang masak Kam Heong

Tadaaaaa. Ok jom makan. Selamat mencuba

Sumber/Foto : Ameera

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*