Cara Buat Ayam Bakar Mayonis. Sedap Sampai Menjilat Jari Dibuatnya
Lama juga tak makan ayam bakar. Biasanya nak mudah goreng sahaja. Jadi bila tekak rasa nak makan ayam bakar kita masak sendiri je dirumah. Resepi ayam bakar mayonis perkongisan Dani J Tang ni nampak meyelerakan betul. Proses dan bahan nak memasak pun mudah dan ringkas.
Ada pula kentang yang disadur dengan mentega, flakes cili dan oregano. Lagilah bertambah sedap. Mesti diserbu anak-anak. Biasanya anak-anak memang suka makanan berasakan ayam ni. Sedapnya sehingga menjilat jari. Senyum lebar tukang memasaknya.
Jom ikuti perkongisan resepi ini di bawah
RESEPI AYAM BAKAR MAYONIS
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam – cuci bersih & toskan
BAHAN A :
(tumbuk halus):
- 1 biji bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
(jika suka, boleh juga letak halia & serai)
BAHAN B :
(sukatan agak-agak sahaja, secukup rasa):
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- Madu
- Chili flakes / emping cili
- 3 sudu makan mayones
- Garam secukupnya (agak-agak sahaja sebab sudah ada sos tiram)
- Minyak bijan (boleh ganti dengan minyak masak)
BAHAN SAMPINGAN:
- Ubi kentang
- Mentega secukupnya
- Chili flakes secukupnya
- Oregano secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Semalaman pun elok.
2. Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar sehingga masak.
(empunya resipi terbalikkan ayam supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam.)
3. Untuk kentang, kupas, potong dan rebus.
4. Bila sudah empuk, tos air kemudian ambil sedikit mentega, emping cili dan oregano. Kemudian gaul rata. Gaul perlahan untuk elak kentang hancur.
5. Hidangkan ayam bersama kentang tadi.
NOTA: Suhu dan masa memasak mungkin berbeza. Pastikan anda kenal suhu ketuhar masing-masing supaya ayam tidak hangus.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Dani J Tang
Leave a Reply