Wanita Kongsi Resipi Mi Sup Pedas Cina, Masakan Terhasil Bila Suami ‘Terliur’ Tengok Mukbang Cina

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Wanita Kongsi Resipi Mi Sup Pedas Cina, Masakan Terhasil Bila Suami ‘Terliur’ Tengok Mukbang Cina

Mesti anda pernah melihat video-video mukbang cina kan. Macam-macam makanan yang dimakan, antaranya Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).

Kerana suaminya minat kepada mukbang dan terpengaruh maka Puan Zurina Zulkefli membuatnya untuk suami dan berkongsikan satu resipi Mi Sup Pedas Cina ini. Cara membuatnya sangat mudah, biasanya bahan pun ada kat dapur saja.

Nak cuba? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

RESEPI MI SUP PEDAS CINA

Ini lah dia bila suami terpengaruh nak makan macam mukbang Cina, nak makan mi sup pedas dengan telur rebus banyak-banyak. Disuruh nya saya yang masak, tapi dengan syarat tak boleh makan banyak sangat telur rebus. Nak makan boleh tapi besederhana je. Bahan pun ada kat dapur, saya masak terus. Senang je nak buat rupanya. Alhamdulillah, menjadi dan siap. Nanti saya update resepi di setiap gambar ya. Nama betul masakan ni adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).

BAHAN UTAMA :

  • Minyak cili
  • Air rebusan stok ayam
  • Mi kanji Ubi (sweet potato noodle)
  • Telur rebus

CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Untuk menyediakan minyak cili, sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan 1 sudu cili flakes, 2 ulas bawang putih dicincang halus, 1 sudu kecil biji bijan, 4 sudu besar kicap cair dan sedikit garam. Gaulkan semua bahan tersebut.

2. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan. Kemudian terus tuangkan minyak tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi. Kacau rata dan ketepikan.

3. Rebus mi kanji ubi selama 10 minit untuk dapatkan tekstur yang betul-betul lembut. Toskan dan letak dalam mangkuk.

4. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.

5. Tuangkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.

6. Siap.

7. Taburkan sedikit hirisan daun bawang.

9. Masukkan juga telur rebus.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Zurina Zulkefli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*