Bulat-Bulat Cantik, Ini Cara Buat Cucur Ikan Bilis Rangup Diluar & Lembut Di Dalam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bulat-Bulat Cantik, Ini Cara Buat Cucur Ikan Bilis Rangup Diluar & Lembut Di Dalam

Salah satu hidangan yang sesuai dijadikan sarapan ataupun minum petang adalah cucur ikan bilis atau pun jemput-jemput. Tekster dan rasanya yang sedap membuatkan ia sangat digemari termasuklah anak-anak. Sedar-sedar dah habis dimakan. Cara penyediaannya juga cukup ringkas dan mudah. Bahan pula boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa. Sangat sesuai dinikamati bersama sos kegemaran.

Resepi cucur ikan bilis rangup perkongsia ali umaira ini boleh anda cuba untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Cucur ini bulat-bulat kejadiaanya, rangup diluar dan lembut didalam.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini

RESEPI CUCUR IKAN BILIS RANGUP

Cucur ni bulat-bulat tau. jom buat.. Rangup diluar lembut didalam

BAHAN-BAHAN :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
  • Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
  • Kucai/daun sup
  • Lobak merah
  • bawang besar (dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai/sup, garam.

2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas…buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung…lebih elok menggunakan bekas / besen yang besar…Tuangkan air panas sedikit demi sedikit…apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan….Buat bahagian demi bahagian ye (wat sikit-sikit)

3. Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh….pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu…kalau menggunakan tangan kang habis la tangan korang..kan air panas tu.. hehe

4. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh

5. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng. Dah siap bolehlah makan dengan sos peberet korang.

TIPS

Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.. kadang2 admin letak udang,bawang garam dengan carrot je.. pon sodap..

Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang.. kalau tangan basah, bentuk doh tu lagi cantik..

3 cawan tu boleh makan seisi keluarga. klau korang tingal berdua je, buat satu cawan je dah la..

Goreng dalam minyak banyak(macam goreng ayam/nugget tu), dan pastikan minyak dah panas baru masukkan cucur ni ye.. lagi satu kalau korang terlebih air & tak leh nak bulatkan.. korang boleh je terus guna sudu/tangan, takyah bulatkan.. jadi montel2 jugak cucur korang nanti., lagi cepat boleh makan..haha ( sebab tu masukkan air sikit-sikit, jadi korang boleh control air tu.. kalau dah rasa boleh bulatkan,, boleh stop letak air…tapi biasa buat sukatan tu dah betul..)

Ade yang bagitau dorang letak minyak untuk bulatkan doh tu supaya tak melekat.. (kami biasa guna air je.. nanti boleh try pakai minyak pulak.. terima kasih kepada yang bagitau tu ye)

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Alia Umaira

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*