Resepi Gulai Daging Kawah, Rasanya Sebiji Macam Dekat Kenduri

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Gulai Daging Kawah, Rasanya Sebiji Macam Dekat Kenduri

Dulu-dulu bila musim cuti sekolah mesti banyak kenduri kawin. Menu utama mestilah gulai daging kawah. Seronok ramai ramai rewang masak. Kena pulak tukang masak legend mesti kulai daging kawahnya sedap dan terbaik. Cukup segala rasa dan aromanya. Tak sedar berapa kali bertambah nasi.

Jika anda teringin akan rasa gulai kawah daging anda boleh ikuti resepi perkongsian Siti Noor Hidayah Samah ini. Menurutnya resepi ini diambil daripada arwah ayahnya yang merupakan tukang masak Orang kawin, Majlis akikah dan Tahlil. Selalunya bahagian masak nasik dan gulai kawah.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

RESEPI GULAI DAGING KAWAH KENDURI

Arwah ayah saya dulu tukang masak kenduri orang kawin, Majlis akikah dan Tahlil. Selalunya die bahagian masak nasik dan gulai kawah. Selalu lah kami adik-beradik ikot die masak. Ade lah sikit-sikit dapat ilmu duduk tengok-tengok die masak. Nah saya share resipi gulai daging.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging lembu
  • 1 biji kelapa (jadikan santan sederhana pekat)
  • 1 biji bawang besar |dimayang)
  • 2 kulit kayu manis – beli online di sini
  • 3 kuntum bunga lawang – beli online di sini
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah gulai daging – beli online di sini
  • Gula melaka – beli online di sini
  • Garam
  • 1 asam keping – beli online di sini
  • 1 sudu besar kerisik – beli online di sini
  • 3 biji ubi kentang – beli online di sini
  • 7-10 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia – beli online di sini*
  • 1 inci lengkuas – beli online di sini*
  • 1 inci kunyit hidup – beli online di sini*

Kisar bahan bertanda *

CARA-CARA:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah 4 beradik.

2. Kemudian, masukkan cili boh.

Masak kejap sampai bau cili boh tu masak.

3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak.

4. Masukkan rempah gulai daging.

Kacau sebati.

5. Kemudian masukkan daging. Gaul rata daging dengan rempah.

6. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Masa ni saya pindahkan daging ke periuk tekanan.

7. Masuk periuk tekanan set menu daging (noxxa) 30 minit dan tunggu sampai siap. Kalau tak ada periuk tekanan, masak je atas dapur sampai daging empuk.

8. Dah siap, pindah semula ke kuali tadi dan masukkan kerisik dan asam keping. Keringkan sikit air.

9. Kemudian masukkan santan, ubi kentang, garam, dan gula melaka. Bila kentang dah empuk, perlahankan api dapur dan reneh sekejap dalam 5 minit bagi pecah minyak.

DAH SIAP!

*Untuk hidangan, saya padankan dengan nasik minyak, acar nenas dan sambal belacan

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Siti Noor Hidayah Samah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*